THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, June 20, 2008

lost world








lostworld..........
Pada pagi tu..aku bersiap2 untuk ke Ipoh...dah disite ngan kengkawan umah nak g mandi manda bersukaria pada hari tu...

BERCUTI DI ATAS KAPAL FAJAR SAMUDERA






Best sangat time ni...
24.05.2008 - 27.05.2008..Program pelayaran Fajar Samudera anjuran Majlis Belia & Sukan Daerah Selama...Kenangan ketika pelayaran mmg takkan aku lupakan...

Tuesday, June 17, 2008

Hari Guru





Tanggal 16 mei setiap tahun warga pendidik akan dirai dalam satu majlis iaitu sambutan Hari Guru..kali ni hari guru jatuh pada hari JUMAAT...
Pada pagi Jumaat tu aku bersiap sedia ke tempat keje...Dah selesai bersiap aku bersama2 ngan romate mengambil beberapa gambo kenangan untuk menjadi koleksi masing2..Happy teachers day to yatie n ad...semoga perjalanan kalian berdua lapang bersama dengan anak murid masing2...hihihii...
Terasa sejuk plak ketika mengambil gambo kat luar umah..keadaan sekeliling masih nyaman..Dah lapang kawasan kuarters coz dah ramai yg pegi keje...
Semoga tuhan melancarkan kehidupan kami bertiga...AMIN..
Sampai jerk sekolah aku wat rutin harian...
Hari ni ada sambutan Hari Guru peringkat Sekolah...Cam biasa wat perhimpunan..Kak nida jadi MC..perutusan kali ni dibaca oleh Rahim..Ada nanyian patriotik n last skali lagu tema hari guru...Pihak sekolah mengadakan sambutan yang begitu meriah sekali...pertandingan mewarna n melukis tahap 1..n kuiz setiap subjek tahap 2 bersama guru...aku amik bahagian dalam kuiz Math..johan plak tu..adehhhhhh...klakar jerk rasanya..pelajar plak bah rosi n ati..ader juga pelajar yg kasi present...thankz kat student yg dah beri hadiah...Last sambutan semua guru2 bertukar2 present...pelajar2 kelas aku wat presentation sket...NYANYIAN...wat madley lagu yg biasa aku nyanyi ngan dorang kat klass...ihihihihi..Best sangat sambutan kali ni....Jumpa lagi di Hari Guru Tahun 2009..Insyaallah...

KERINDUAN


ERMMMMM....
MALAM TADI TIDURKU DI TEMANI KERINDUAN YANG TERAMAT-AMAT.....
malam tadi aku terasa sangat merindui akan diri awak..berat jerk rasa aritu lepaskan awak g KL..walaupun kita sembang sekejap tapi terasa saya akan kesunyian sambil bertemankan kerinduan kat awak sebab pemergian awak kali ni begitu lama...tapi saya tahu..semuatu hanya sementara..
Awak..
Ketahuilah bahawa saya begitu merindui awak...pemergian awak digantikan dengan tatapan gambar setiap hari...awak sentiasa berada dalam ingatan saya..I MISS U SAYANG....

Monday, June 16, 2008

mawar...kehidupanku dialam persekolahan




MAWAR a.k.a JULIZA ZULKIPLI........


yuhuuuuuuuuuu...
kalo nak kenei ngan aku..tu ler..tatap gambo yang ader..cukup ler nengok sket2..nanti takun kenen plak..ahakzz..
aku dilahirkan di kampung RTBK yang kini telah di kenali sebagai kampung belia khas..pada 29 ogos 1983..ketika itu negara kita sedang sibuk untuk menyambut kedatangan ulangtahun kemerdekaan negara Malaysia kali ke 26tahun..aku dibesarkan dengan keluarga yang besar..punyai 2 orang kakak,seorang abang & 6 orang adik..terdiri dari 3 lelaki & 7 perempuan..aku berasal dari keluarga yang serba kekurangan tetapi alhamdulillah aku diberi pendidikan yang sempurna oleh kedua orang ibubapaku..terima kasih abah, ibu..
pendidikan awalku bermula di Tadika kemas RTBK..
selepas abeh 2 tahun di zaman Tadika..aku meneruskan pengajian ku si SK RTBK..selama 6 tahun..time ni aku seorang yang aktif bersukan..mewakili sekolah dalam pertandingan hoki sehingga ke peringkat negeri..penah dianugerah sebagai tokoh sukan ketika ditahun akhir persekolahan rendah...selepas itu aku melanjutkan pengajian di SMK Dato' Hj. Hussein, Selama..ketika memasuki alam tingkatan 4 aku mengambil subjek sastera dan ketika keputusan SPM aku salah seorang pelajar yang berjaya dengan baik kategori pelajar aliran Sastera...ketika dialam menengah aku begitu nakal..sehingga beberapa kali dipanggil menghadap guru disiplin...hahahaha..kenangan aku ketika belajar dialam persekolahan menengah tidak penah perpadam di dalam pikiranku...ketika itu aku begitu happy bersama kengkawan..sehingga kini masih lagi aku berjumpa dengan kengkawan jika ada kelapangan..i miss u all my prend in 4k1 n 5k1....
selepas tamat sijil pelajaran malaysia..aku bekerja di kilang KINTRON kulim sebagai ass clerk..best keje kat sini..nanti aku continue la...dah penat menaip

Monday, June 9, 2008

Kenangan Terindah






Tanggal 6hb jun 2008..ketika panas terik di bawah matahari..aku bergegas ke terminal bas Tapah untuk menaiki bas menuju ke Utara tanah air...dalam perjalanan difikiranku hanya terbayang2 wajah buah hatiku..kamarul, tunggu kedatangan saya yer...Bas Regal sampai ke destinasinya...ku melangkah menuju ke Bas Kinta..panas semakin membara..matahari terik memanah bumi..perjalanan yang memakan masa selama 60minit ini begitu menyeksa jiwaku...Alhamdulillah..penantianku didalam bas Kinta akhirnya berakhir..Perjalanan kuteruskan dari bandar Ipoh ke Bandar Taiping...Perasaanku semakin berdebar2 kerana aku berkejar2 untuk menaiki bas ke Butterworth..perjalanan Bas Ipoh begitu lambat...seperti kura2 berjalan ditrek lumba..huhuhuhu....Penantian yang menyeksakan ini telah berakhir...


Kawanku Suhaila telah menungguku di perhentian Taiping...kami begegas ke perhentian kamunting raya untuk meneruskan perjalanan ke Butterworth...Perjalanan ini memakan masa selama 1jam 30 minit...


Akhirnya aku sampai ke destinasi...penantian menunggu awak selama 60 minit begitu merunsingkan...


Dan penantianku telah dijemput oleh awak...


Pertemuan kali ke-4 ini sedikit sebanyak telah menjelaskan hubungan kami selama ini..secara berdua kami berbincang tentang kehidupan..segala masalah akan kami cuba hindari..ketahuilah sayang...ju amat mencintai dirimu..jgn awak mensia2kan hubungan percintaan suci ini...


kami berjalan2 sekitar peneng dan akhirnya saya kembali ke kulim untuk bermalam...


Keesokkan harinya..aku bertemu lagi...


Pada ketika ini..hatiku terasa disayangi..awak..belaian dari awak begitu mengasyikkan..saya yakin akan kesungguhan awak untuk menyintai menyayangi diri saya...terima kasih sayang...saya akan menjaga hubungan ini hingga akhir hayat saya...ciuman awak masih terasa..belaian pelukan awak juga masih saya rasai...ketika diriku didalam pelukanmu..saya berasa diri begitu selamat...Ya Allah...engkau perkenankanla hati kami bersatu...Amin...SAYANG..I LOVE U SO MUCH...SAYANG AWAK...JU SAYANG KAMARUL..